Ini Rupanya Sebab Nur Fazura Upah Sampai Lima Pengawal Peribadi | Oh! Media

Ini Rupanya Sebab Nur Fazura Upah Sampai Lima Pengawal Peribadi | Oh! Media

Pelakon, Nur Fazura hadir ke mahkamah bagi sebutan kes penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin pada Rabu lepas yang diiringi lima orang pengawal peribadi telah disifatkan sebagai melebih-lebih oleh sesetengah pihak.

BACABelum Sedia Lepaskan Fazura, Alasan Fattah Amin Undang Sebak

Menurut laporan mStar, rupanya kehadiran pengawal peribadi seramai itu bagi mengelakkan situasi buruk berlaku terhadap Fazura dan perkara ini dikatakan sendiri pengurusnya, Iman Tang.

Pihak Fazura juga mengambil langkah berjaga-jaga kerana terdapat insiden lama yang pernah berlaku di mahkamah sebelum ini. 

Jika hanya ada satu atau dua pengawal mungkin tak terkawal dan semalam keadaan di situ kita tak tahu macam mana sebab ada juga peminat yang datang dan rasanya okay mengupah pengawal peribadi.

Pernah ada insiden kes di Mahkamah Tinggi, waktu itu tiada pengawal peribadi tapi ada peminat bertindak di luar jangkaan.

Bukan tu jer, pengurus kepada pelakon jelita itu juga berkata yang pernah ada peminat cuba ambil kesempatan sebelum ini dan itu juga sebab mereka mengupah pengawal peribadi.

Ada insiden tak perlu sebut majlis apa, ada individu kurang sopan datang tarik Fazura ajak bergambar.

Kemudian bila dah bergambar, bersandar pula dekat bahu dan ambil kesempatan terhadap situasi ketika itu.

Terdahulu, Fattah Amin enggan melafazkan talak kepada Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Rabu lepas kerana dia masih menyayangi isterinya biarpun pelakon wanita itu nekad untuk dilepaskan.


Scroll to Top