Adelaide, Australia: Kaylee McKeown terus ‘menggila’ apabila memecahkan rekod dunia 100 meter (m) kuak lentang wanita biarpun membuat keputusan menyertai kejohanan Australia pada saat akhir selepas kejayaannya Olimpiknya Paris 2024.
Beberapa minggu yang lalu, atlet berusia 23 tahun itu meraih kejayaan berganda di Paris 2024 apabila meraih pingat emas dalam acara 100m dan 200m kuak lentang.
Kejayaan itu menyaksikan dia meneruskan penguasaannya sejak di Tokyo 2020.
Ketika ramai rakan seangkatannya memilih untuk berehat, Kaylee berkata dia bosan duduk di rumah dan memutuskan untuk menyertai kejohanan di Adelaide secara tiba-tiba.
Keputusan itu membuahkan hasil apabila dia berjaya mencipta rekod dunia baharu 54.56 saat mengatasi rekod terdahulu yang dilakukan oleh rakan senegaranya, Minna Atherton pada 2019.
“Saya merasa bosan duduk di rumah jadi saya memutuskan untuk kembali ke kolam dua minggu lalu dan hanya berlatih meningkatkan prestasi dalam sesi latihan.
“Saya tidak bermaksud untuk membanggakan diri tetapi kami sedang melakukan perkara yang cukup luar biasa semasa latihan,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




