Bebas Perintah Mahkamah, Sarah Yasmine & Aliff Aziz Berdamai – “Kami Selesai Secara Baik”

Bebas Perintah Mahkamah, Sarah Yasmine & Aliff Aziz Berdamai – “Kami Selesai Secara Baik”

Wanita yang mengakui kekasih gelap pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine memaklumkan konflik antara pihaknya dan aktor tersebut telah selesai secara baik.

Menerusi muat naik di Instagram, Sarah menjelaskan kes tersebut telah selesai apabila mereka mencapai kata sepakat.

“Seperti yang anda sedia maklum, saya dan Aliff telah terlibat dalam pergaduhan undang-undang sejak April 2024, berhubung permohonan mendapatkan perintah perlindungan terhadap saya.

“Saya gembira untuk memaklumkan bahawa kami telah capai penyelesaian secara baik bagi pertikaian tersebut melalui pengantaraan di Kluster Penyelesaian Mahkamah Negeri.

“Perkara ini telah dimuktamadkan dengan baik dan berkesan,” tulisnya dalam satu kenyataan.

Sarah Yasmine

Pada 29 April lalu, Sarah diperintah oleh mahkamah Singapura untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan membabitkan aktor itu.

Artikel Berkaitan: Bella Astillah Sifatkan Tindakan Aliff Aziz Bersama Ruhainies Mahu Sebar Aib, Kutuk & Hina Sebagai Plot Twist Terbesar – “Hati Saya Hancur”

Artikel Berkaitan: Sarah Yasmine ‘Spill The Tea’, Dedah Bukti Perbualan WhatsApp Aliff Aziz & Ruhainies Kutuk Produk Kecantikan – “B*bi Untuk B*bi”

Scroll to Top