Pempengaruh, Siti Jamumall berkongsi berita duka selepas doktor mengesahkan dirinya hamil anggur atau lebih dikenali sebagai ‘molar pregancy’.
Menerusi perkongsian di TikTok, Siti memuat naik video mengejutkan suaminya, Aiman Tak Kesah mengenai berita kehamilannya yang ketika itu kandungannya berusia tiga minggu.
Bagaimanapun, Siti reda apabila hasratnya untuk menimang cahaya mata bersama Aiman tidak kesampaian dan kini terpaksa menjalani pembedahan mencuci kandungan.
“Tak ada rezeki, kena gugurkan kandungan. Allah bagi pinjam sekejap. Doakan semoga semuanya selamat. Kena jalani pembedahan untuk cuci kandungan, takut tapi kena kuat.
“Plan nak sorokkan dulu sampai baby besar, tapi tak kesampaian. Tak ada rezeki. Doktor kata saya mengandung anggur,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, ramai dalam kalangan pengikutnya berharap agar pasangan itu kekal tabah atas ujian yang menimpa mereka.

Terdahulu Pada 1 Jun lalu, Siti memilih untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aiman Tak Kesah atau nama sebenarnya, Khairul Aiman Abdul Kudus, 21, di Satun, Thailand.
Artikel Berkaitan: Tanggung Rugi RM70,000, Siti Jamumall Kahwin Di Thailand Demi Cepatkan Nikah Dengan Aiman Tak Kisah
Artikel Berkaitan: Kahwin Kali Kedua, Siti Jamumall Nikah Di Thailand




