am@hmetro.com.my
Shah Alam: Pembukaan cawangan ke-35 di Elmina Lakeside Mall dekat sini, menandakan satu peristiwa penting dalam perkembangan strategik perniagaan Harvey Norman yang menyasarkan penubuhan 80 cawangan di seluruh negara menjelang 2028.
Harvey Norman Lakeside Mall Superstore dibuka secara rasmi hari ini bakal mencuri tumpuan komuniti di Elmina serta kawasan berhampiran bagi mendapatkan produk kelengkapan rumah terkemuka dari Australia itu.
Pengarah Urusan Harvey Norman Malaysia dan Singapura, Bernice Kwok berkata, ruang perniagaan yang canggih ini bersedia untuk merevolusikan pengalaman beli-belah dengan pelbagai pilihan produk peralatan elektrik; teknologi maklumat dan peranti mudah alih; perabot; serta kelengkapan bilik tidur.
“Kedai baharu di sini direka bentuk untuk memenuhi keperluan pengguna hari ini yang semakin meningkat.
“Harvey Norman turut menawarkan pengalaman membeli-belah omni-channel yang lancar dengan produk berkualiti tinggi pada harga yang kompetitif,” katanya kepada media selepas majlis pembukaan cawangan itu di sini, hari ini.
Bernice berkata, Harvey Norman Lakeside Mall Superstore bukan cawangan terakhir yang dibuka pada tahun ini.
“Kita masih ada dua lagi cawangan yang bakal dibuka kepada pengguna pada Disember tahun ini, salah satunya akan dibuka negeri Pulau Pinang,” katanya.
Beliau berkata, dengan keluasan melebihi 39,000 kaki persegi, cawangan ke-35 ini yang besar, luas dan selesa itu, disusun atur dengan teliti mengikut zon khusus bagi memenuhi pelbagai keperluan pengguna.
“Bagi peralatan dan barangan elektrik bersaiz besar, ia dibahagikan kepada lima zon iaitu zon audio visual, zon peralatan memasak, zon pendingin hawa, zon mesin basuh dan zon peti sejuk.
“Pelbagai jenama ditawarkan di sini seperti Sambung, LG, Sony, Hisense, Toshiba, Sharp, Philips, Bosch, Electrolux, Panasonic Elba.
“Selain itu, terdapat bahagian barangan elektrik bersaiz kecil, perabot, kelengkapan bilik tidur dan peralatan berkaitan komputer serta komunikasi,” katanya.
Pada masa sama katanya, Harvey Norman terus memberikan komitmen bagi membantu memudahkan pelanggan dengan pelbagai kaedah pilihan pembayaran.
Sempena pembukaan di Elmina Lakeside Mall ini juga katanya, Harvey Norman mengalu-alukan semua pengunjung, pengguna dan orang awam menyertai pelbagai aktiviti menarik.
“Ini termasuk Super Purchase with Purchase Deals (PWP): 100 pelanggan awal berpeluang menikmati tawaran PWP dengan perbelanjaan minimum RM88 di kedai, mereka boleh membeli barangan terpilih pada harga sangat rendah, seperti RM9 untuk bantal lateks, RM5 untuk pelbagai set kusyen dan banyak lagi.
“Pick & Win Board: Perbelanjaan minimum RM300 untuk memilih sampul surat dan menangi baucar menarik serta hadiah misteri bernilai lebih RM11,000.
“Cabutan Bertuah RM1 dengan perbelanjaan minimum RM300 untuk peluang membeli produk yang sangat diingini seperti TV skrin besar, telefon pintar, peralatan rumah dan banyak lagi dengan hanya RM1,” katanya sambil mengingatkan orang ramai supaya tidak melepaskan tawaran istimewa pembukaan besar-besaran itu, yang disediakan sepanjang Oktober ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




