Umum sedia maklum, pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, aktor Fattah Amin pada 13 September lalu.
Susulan itu, nama Fazura sehingga kini hangat menjadi tumpuan ramai yang seakan terkesan dengan berita tersebut.
Terkini, menerusi sebuah perkongsian di Instagram, aktres filem Pisau Cukur itu menyentuh hati ramai apabila memuat naik video Artificial Intelligence (AI) memeluk arwah bapanya, Sharifuddin Adnan.
Menggunakan teknologi AI, video tersebut memaparkan momen Fazura dan arwah bapanya saling berpelukan yang disunting berdasarkan foto ketika mereka bercuti di luar negara.

Meskipun tidak meletakkan sebarang kapsyen, namun hantaran pelantun lagu Hancur Aku ini seakan meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya.
Berdasarkan pemerhatian XTRA, rata-rata netizen membanjiri ruangan komen muat naik tersebut menyatakan begitulah perasaan anak mereka, Nut Fatima Aisya yang akan merindui Fattah sekiranya mereka berpisah.
Justeru, netizen menasihati Fazura untuk bertahan dan memikirkan kembali keputusannya untuk bercerai.
Terdahulu, Fazura memaklumkan dia nekad mahu berpisah dengan suaminya demi menjaga maruah sebagai seorang wanita serta untuk kesejahteraan anak mereka.
Bagaimanapun, Fattah difahamkan masih belum bersedia untuk melepaskan Fazura serta berharap rumah tangga mereka masih ada sinar untuk diselamatkan.
Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari menetapkan 7 Oktober depan untuk sebutan semula kes permohonan cerai pasangan selebriti ini.
Pada 13 September lalu, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah tanpa menyatakan perincian sebab mahu bercerai.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Fatima.
Artikel Berkaitan: Pengurus Perjelas Sebab Nur Fazura Upah Lima Pengawal Peribadi, Bimbang Kejadian Dikasari Peminat Berulang – “Tak Perlu Jadikan Isu”
Artikel Berkaitan: “Demi Maruah Sebagai Wanita & Kesejahteraan Fatima” – Fazura Nekad Mahu Bercerai
Artikel Berkaitan: “Saya Ada Perasaan Bukannya Robot” – Kelihatan Sugul, Fattah Amin Mohon Doa Yang Terbaik
Artikel Berkaitan: Sebutan Kes Permohonan Cerai Fazura & Fattah Amin Tangguh 7 Oktober Depan




