Isu Perbandingan Antara Cef Bertaraf Antarabangsa & Pencipta Kandungan, Anis Nabilah Beri Respons: “Benda Tu Bagi Saya Tak Elok”

Isu Perbandingan Antara Cef Bertaraf Antarabangsa & Pencipta Kandungan, Anis Nabilah Beri Respons: “Benda Tu Bagi Saya Tak Elok”

Cef selebriti, Anis Nabilah tampil memberikan respons susulan isu perbandingan antara cef bertaraf antarbangsa dan pencipta kandungan.

Kata Anis ketika ditemui XTRA pada acara pembukaan cawangan illy Caffee yang bertempat di NU Sentral, Kuala Lumpur baru-baru ini, perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana masyarakat harus memikirkan manfaat yang boleh disumbangkan oleh kedua-duaanya.

“Bagi saya, content creator ke atau sesiapa sahaja, apa yang mereka buat itu kita kena fikir sama ada ia membawa manfaat tidak kiralah untuk negara diperingkat antarabangsa. As long as kita tak memburukkan negara dan makanan kita, i don’t think we should compare chef ke, content creator ke. Benda tu bagi saya tak elol.

“Kita tak boleh ada mentality yang hanya chef sahaja yang boleh masak. Bagi saya apa yang paling penting, adalah untuk tidak  memburukkan nama negara dan makanan kita. Benda buruk itu termasuklah tidak melakukan kandungan video yang menunjukkan pembaziran dan mengarut. Bagi saya it’s  okay chef atau tidak… yang penting apa yang kita buat itu boleh memanfaaatkan,” katanya.

Perkara itu dibangkitkan susulan timbul isu tular di platformmedia sosial yang membandingkan cef terkenal , Chef Wan dan Khairul Aming.

 

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai pencapaian yang diraih Khairul Aming selepas kandungan video masakannya mendapat pujian Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon  Anis atau nama penuhnya, Anis Nabilah Umaruddin, 38, memaklumkan apa yang diraih Khairul Aming itu adalah sesuatu yang membanggakan.

Ini kerana, setiap lapisan masyarakat mempunyai tugas masing-masing untuk memperkenalkan makanan  yang ada di negara kita selain Nasi Lemak.

“Oh, I think itu bagus…like banyak kali saya cakap kerana kita dekat Malaysia ni walaupun bukan content creator ataupun chef, saya rasa makanan adalah salah satu perkara yang kita sangat banggakan. Dan setiap orang ada tugas masing-masing tidak kiralah by talking, sharing benda-benda macam ni.

“Sebab Malaysian food ni memang orang tak tahu selain dari Nasi  Lemak. Orang tahu very little. Jadi tugas kita, tak kisahlah content creator dan  sesiapa sahaja untuk sentiasa educate orang dan kongsikan the variety of our food.

“So what Khairul Aming’s does and others content creator yang berjaya mengetengahkan makanan kita is a very good thing,” jelasnya.

Scroll to Top