[VIDEO] Kongsi Video Jihan Muse & Haziq Hussni… Elly Mazlein Luah Rasa Berang? Siap Beri Gelaran Penunggang & Pengacara Sampah

[VIDEO] Kongsi Video Jihan Muse & Haziq Hussni… Elly Mazlein Luah Rasa Berang? Siap Beri Gelaran Penunggang & Pengacara Sampah

Pengacara popular, Elly Mazlein dipercayai meluahkan rasa berang terhadap pengacara Jihan Muse menerusi ruangan Instagram Stories sebentar tadi.

Biarpun tidak memetik nama hos wanita itu, Elly berkongsi sedutan video Jihan mengacara bersama Haziq Hussni dalam sebuah program menerusi Instagram Stories.

Dalam video terbabit, mereka sedang menari dan menyanyi lagu Mengintai Dari Tirai Kamar nyanyian asal Exists dalam versi dangdut, namun ia terhenti selepas Jihan menegur Haziq.

“Jap jap, aku ingat ada seorang je macam ni tau kat Astro. Ada seorang versi perempuan, aku tak tahu kau dah muncul dalam Astro,” seloroh Jihan kepada Haziq.

Disebabkan video itu, Elly meluahkan rasa kurang senangnya di Instagram Stories.

“Moga Kepom tidak menjadi pengacara seperti ini suka membahan & memerli.. Moga kasih sayang terus kekal di dalam diri Kepom selamanya buat sesama insan. Haziq Hussni buat yang terbaik ya, lebarkan sayapmu,” tulisnya.

Elly turut menyimpan Instagram Stories terbabit di ruangan ‘Highlight’ dan diberi tajuk ‘Pengacara Sampah’.

Elly turut berkongsi dia tidak kisah untuk menggunakan lawak sama, asalkan tidak memerli orang lain.

“Biarlah lawak menyanyi berulang-ulang kalau dengan cara itu boleh menghiburkan, daripada lawak berulang-ulang main nama bapak, memerli dan membahan dan paling tak menahan lawak taik lalat chipmore berulang-ulang dari musim pertama sampailah musim puluh-puluh. Adoi lah.

“Ni lah contoh ‘menutup’ hanya hiasan untuk menutup bangkai di longkang. Penunggang 2024. Sekian tajuk album. Lupakan aku di dalam kepala hotak kau, boleh?” tulis Elly.

Elly turut menyimpan Instagram Stories terbabit di ruangan ‘Highlight’ dan diberi tajuk ‘Penunggang 2024’.

Dalam pada itu, Elly juga turut berkongsi luahan hati mengenai perkara terbabit menerusi lima video di Instagram Stories.

Terdahulu, pada Oktober tahun lalu, Elly menarik diri daripada mengacarakan program realiti yang turut diacarakan oleh Jihan dan Nabil Ahmad.

Tidak menyatakan sebab terperinci, difahamkan Elly menarik diri daripada mengacarakan program realiti itu atas faktor peribadi.

Scroll to Top