Susulan isu kontroversi membabitkan pelakon dan pengacara, Elly Mazlein dan Jihan Muse yang hangat diperkatakan sejak semalam, rata-rata warganet tampil memberikan respons.
Mana tidaknya, tindakan Elly Mazlein atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina itu mengejutkan ramai pihak termasuklah peminat kedua-dua selebriti berkenaan.
Selain memberi gelaran kurang manis seperti ‘Penunggang’ dan ‘Pengacara Sampah’, Elly turut memaklumkan bahawa dida tidak kisah jika individu itu menggunakan lawak sama asalkan tidak memerli atau ‘membahan’ orang lain.
“Biarlah lawak menyanyi berulang-ulang kalau dengan cara itu boleh menghiburkan, daripada lawak berulang-ulang main nama bapak, memerli dan membahan dan paling tak menahan lawak taik lalat chipmore berulang-ulang dari musim pertama sampailah musim puluh-puluh. Adoi lah.
“Ni lah contoh ‘menutup’ hanya hiasan untuk menutup bangkai di longkang. Penunggang 2024. Sekian tajuk album. Lupakan aku di dalam kepala hotak kau, boleh?” tulisnya.
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Kongsi Video Jihan Muse & Haziq Hussni… Elly Mazlein Luah Rasa Berang? Siap Beri Gelaran Penunggang & Pengacara Sampah
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Saya Akan Tarik Diri Kalau Nak Gaduh Soal Rezeki” – Jangan ‘Shaking’, Tak Perlu Rasa Tercabar Dengan Elly Mazlein
Justeru, berdasarkan pemerhatian XTRA diruangan komen Jihan, rata-rata warganet mengambil peluang memberikan pendapat berhubung isu tular tersebut.
Bahkan, ramai yang berasa berang dengan tindakan Jihan yang dilihat sering menggunakan lawak sama setiap kali mengacarakan program sekaligus mempersoalkan kredibilitinya sebagai seorang pengacara.






Sehingga kini, Jihan bagaimanapun dilihat masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu panas tersebut.




