Khadijah Ibrahim Terlibat Kemalangan

Khadijah Ibrahim Terlibat Kemalangan

Penyanyi dan usahawan, Datuk Khadijah Ibrahim dilaporkan terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Brunei ke Kota Kinabalu petang tadi.

Memetik laporan Kosmo, Khadijah, 64, dimaklumkan mengalami kecederaan apabila kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dinaikinya bertembung dengan Toyota Avanza kira-kira pukul 5.30 petang tadi di Taman Kinamas, Jalan Beaufort, Kota Kinabalu.

Bagaimanapun, pelantun lagu Ku Pendam Sebuah Duka itu dilaporkan berada dalam keadaan baik dan hanya mengalami cedera ringan.

Difahamkan, mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan anggota bomba.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beaufort, Mohd. Hasbullah Neggok memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan terbabit pada pukul 5.29 petang.

Sumber: Kosmo

Scroll to Top