Anwar terima darjah kebesaran Kelantan hari ini

Anwar terima darjah kebesaran Kelantan hari ini

nfazlina@nstp.com.my

Kota Bharu: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK), hari ini.

Majlis penganugerahan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V itu akan diadakan di Istana Negeri di Kubang Kerian pada 2 petang.

Media sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai senarai 763 penerima darjah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-55.

Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.

Penerima tunggal bagi anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin.

Sementara itu, menerusi lawatan Perdana Menteri di Kelantan hari ini, Anwar turut melawat Pasar Siti Khadijah dan dijangka akan membuat pengumuman tertentu.

Selain itu, Anwar turut melawat tapak projek pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Chicha.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top