“Ini Adalah Gambar Biasa Bagi Saya” – Tular Gambar Jofliam Dan Staf Wanita Di Itali | Oh! Media

“Ini Adalah Gambar Biasa Bagi Saya” – Tular Gambar Jofliam Dan Staf Wanita Di Itali | Oh! Media

Baru-baru ini, kisah di antara Jofliam dan isterinya telah menjadi tular di media sosial. Sekali lagi, pempengaruh Jofliam telah menarik perhatian warga maya apabila dia telah berkongsi satu gambar bersama wanita di Instagram storynya.

Gambar yang dikongsi tersebut merupakan staf wanitanya dan juga merupakan individu yang dituduh menjadi orang ketiga dalam kisah rumah tangga Jofliam dan isterinya, Cik Epal.

Jofliam berkata, gambar tersebut hanyalah gambar biasa dan untuk dibuat kenangan sahaja.

Ini adalah gambar biasa bagi saya. Gambar ini juga dipersetujui oleh saya sebelum dikongsikan. Sama je selfie dengan staf-staf saya pada trip sebelum ni buat kenangan.

Bang satu gambar jom, tak akan saya kata tak boleh? Tangkap je lah.

Namun, hantaran tersebut telah mengundang rasa marah daripada warga maya. Kebanyakannya tidak bersetuju dengan kenyataan Jofliam.


Scroll to Top