Hasrat rakyat Malaysia untuk melihat pemain kelab Go Ahaed Eagles, Mats Deijl menyarung jersi kebangsaan tidak kesampaian kerana pemain itu tidak melepasi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Menurut FAM, pemain berusia 27 tahun itu hanya mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang beliau dan bukannya melalui datuk atau nenek sepertimana yang ditetapkan dalam syarat FIFA.
Berdasarkan semakan, pemain ini mempunyai darah keturunan Malaysia melalui moyang (ibu kepada datuk pemain) yang telah lahir di Singapura pada 24 Jun 1893, yang mana Singapura merupakan sebahagian dari Tanah Melayu ketika itu.
Harap semua bersabar kerana beberapa lagi pemain warisan FAM sudah hubungi, namun belum ada keputusan yang positif dari segi dokumen kesahinan pemain tersebut memiliki darah keturunan Malaysia.





