nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) hari ini.
Penganugerahan darjah kebesaran itu disempurnakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri Kubang Kerian petang tadi.
Anwar turut ditemani isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Media sebelum ini melaporkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai senarai 763 penerima darjah pada Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-55.
Anwar dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) yang membawa gelaran Datuk.
Penerima tunggal bagi anugerah Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jasa Mahkota Kelantan Yang Amat Setia (SPJK) yang turut membawa gelaran Datuk ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin.
© New Straits Times Press (M) Bhd



