Rosakkan cermin tandas, tingkap masjid kerana dengar suara halus

Rosakkan cermin tandas, tingkap masjid kerana dengar suara halus

SUBANG JAYA – Polis menahan seorang lelaki kerana mengamuk dan memecahkan tingkap serta barangan di sebuah masjid di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, dalam kejadian jam 8.30 malam pada Khamis lali suspek didapati memasuki di masjid di Jalan SS15/2E melalui pintu belakang lalu memecahkan cermin tandas dan cermin tingkap.

“Sepasukan anggota unit peronda MPV polis bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan pegawai masjid itu sebelum menangkap suspek tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Abd Khalid, perbuatan suspek mengakibatkan masjid itu mengalami kerugian harta benda bernilai RM5,000.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati suspek berusia 30an itu mempunyai satu rekod jenayah dan dua kes dadah lampau.

“Soal siasat ke atas suspek turut mendakwa dia telah mengalami halusinasi dan mendengar suara halus yang memaksa dirinya berkelakuan demikian di dalam masjid tersebut.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan untuk tindakan lanjut polis,” katanya sambil menambah reman terhadap suspek selama empat hari akan dilanjutkan. -MalaysiaGazette

Scroll to Top