Ketua PBB kecam perluasan konflik di Timur Tengah

Ketua PBB kecam perluasan konflik di Timur Tengah
Ketua PBB kecam perluasan konflik di Timur Tengah

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Selasa mengecam perluasan konflik di Timur Tengah. Gambar hiasan

NEW YORK – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Selasa mengecam perluasan konflik di Timur Tengah, lapor Xinhua.

“Saya mengecam perluasan konflik di Timur Tengah dengan peningkatan demi peningkatan,” kata ketua PBB itu dalam kenyataan ringkas.

Guterres menegaskan konflik itu mesti dihentikan dan gencatan senjata amat diperlukan.

Tentera Israel lewat Isnin mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan “kempen darat yang tertumpu dan terhad” terhadap Hizbullah di selatan Lubnan.

Kementerian Kesihatan Lubnan memaklumkan pada Isnin malam bahawa 95 orang terkorban dan 172 yang lain cedera dalam serangan udara Israel di beberapa kawasan di Lubnan dalam tempoh 24 jam lepas.

Di ibu negara Syria, Damsyik, letupan kedengaran di seluruh bandar ketika berita tentang tentera Israel memulakan pencerobohan darat di selatan Lubnan mula tersebar. – Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Scroll to Top