Kecoh di media sosial mengenai seorang ibu yang sebak mengumumkan kepada tetamu yang hadir bahawa majlis kahwin anak lelakinya, Adam yang digantikan dengan majlis doa selamat selepas pengantin wanita membatalkan majlis perkahwinan di saat akhir. Sebak tengok!
Menerusi Tiktok, terdapat satu video potongan dari live menunjukkan ibu kepada pengantin lelaki itu yang bernama Tengku Norma Tengku Arshad mengakui amat menyayangi bakal menantunya.
Bukan tu jer, ibu Adam itu juga akui sudah menyukai wanita itu sejak pertama kali bertemu dan tak menyangka hubungan mereka tidak berakhir di jinjang pelamin.
Tengku Norma juga memaklumkan yang dirinya amat menyanyangi pilihan anaknya itu sehingga selalu bawak setiap kali bercuti bersama anak-anak.
Keperibadian dan perwatakan dia memang tiada masalah. Zaman sekarang, susah nak cari yang beradab dan berbudi bahasa. Kalau keluar makan, dia akan ambilkan gelas, everything is nice and proper.
Puan Norma berkata lagi bahawa dia berasa sedih melihat ujian yang dilalui oleh anak dan menjelaskan Adam kelihatan tenang serta tidak marah kerana telah memaafkan biarpun perkara yang dilalui amat menyakitkan.
Susulan video tersebut tular, rata-rata netizen menganggap Puan Norma sebagai ibu mentua idaman wanita kerana masih bersikap sopan walaupun diuji hal yang sangat menyedihkan buat anak dan keluarga.





