Baru-baru ini, tular di media sosial, seorang wanita telah memukul anaknya sambil membuat panggilan video bersama bekas suaminya.
Menurut sumber Tribun News, kejadian tersebut terjadi di Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Difahamkan juga, bekas suaminya itu berada di Malaysia ketika kejadian itu berlaku.
Ketika panggilan video itu berlangsung, terdapat perbalahan yang berlaku di antara kedua-dua mereka. Si isteri telah memaksa suaminya itu untuk menyuruh seseorang berjumpa dengannya.
Walau bagaimanapun, buat masa kini masih tidak dapat dipastikan siapakah individu yang dimaksudkan si isteri tersebut.
Suruh dia datang ke sini. Aku tunggu.
Lelaki itu telah memaklumkan kepada wanita tersebut bahawa dia tidak dapat menghubungi individu berkenaan memandangkan dia juga tidak mempunyai sebarang nombor telefon individu terbabit.
Susulan itu, keadaan menjadi semakin tegang sehingga wanita itu bertindak mengasari anaknya dengan menendang kepala. Turut kedengaran suara kanak-kanak sedang menangis.
Aku tak akan berhenti selagi anak-anak kau tak berdarah. Baru garis-garis je bekas pukul dengan wayar, belum berdarah.
Mengikut siasatan, didapati wanita yang kini tinggal bersama tiga daripada lima anaknya telah mengalami masalah kewangan.
Manakala bekas suaminya sedang bekerja di Malaysia. Selepas pihak berkenaan melakukan pemeriksaan terhadap anak-anaknya didapati tiada kesan kecederaan yang serius akibat kejadian itu.





