Seronok Berlakon Tak Bersentuhan, Nora Danish Rasa Harga Diri Mahal

Seronok Berlakon Tak Bersentuhan, Nora Danish Rasa Harga Diri Mahal

“Bila berlakon tak bersentuhan rasa harga diri sangat mahal,” demikian pengakuan pelakon jelita, Nora Danish yang bersyukur apabila mendapat tawaran bersesuaian dengan imejnya yang sudah memakai tudung.

Mengulas lebih lanjut, aktres drama popular Puteri ini meluahkan rasa seronok apabila tidak lagi perlu berlakon bersentuhan dengan mana-mana pelakon lelaki.

“Saya bersyukur dikelilingi orang yang baik-baik, dari segi tawaran kerja pun. Memang sesuai dengan imej saya yang sudah berhijab.

“Watak yang saya terima tiada bersentuhan, rasanya sangat seronok apabila buat babak yang tiada bersentuhan.

“Kalau yang tahu sebelum ini, lakonan saya jika tiada sentuhan itu memang bukan ‘Nora Danish’ lah kan.

“Tetapi sekarang, tak perlu sentuh, perasaan lain sangat. Rasa harga diri sangat mahal, dengan keluar sekarang sudah bertudung,” katanya.

Sebelum ini, Nora dipuji orang ramai selepas dia mengajak orang ramai untuk menghafaz bacaan surah Al-Mulk.

Nora memaklumkan dia baru sahaja menghafaz ayat satu sehingga ayat lima surah berkenaan selain turut meminta pengikutnya menyemak bacaan tersebut.

Artikel Berkaitan: Tindakan Ajak Netizen Hafal Sural Al-Mulk Raih Pujian, Nora Danish ‘Naik’ Segan -“Semua Ni Aturan Allah”

Artikel Berkaitan: Tuju Lagu ‘Dipaksa Berpisah’, Nedim Nazri Doakan Kebahagiaan Nora Danish – “Awak Cinta Dalam Hidup Saya”

Sumber: OhBulan!

Scroll to Top