Pelakon, Zara Zya terkilan apabila ada individu mendakwa dirinya mempunyai dan menyimpan ‘benda’ sehingga menyebabkan dia diganggu makhkuk halus.
Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Zara memuat naik tangkap layar memaparkan komen fitnah individu tersebut.
Enggan berdiam diri, Zara menafikan dakwaan itu sekaligus menegaskan dia tidak menyimpan sebarang benda.
Dalam pada itu, aktres drama popular Risik Pada Hati ini turut menasihati orang ramai untuk tidak terlalu taksub dengan kisah gangguan misterinya itu.
“Komen seperti ini menyedihkan saya kerana ini boleh mengundang pelbagai spekulasi dan juga fitnah terhadap saya.
“Janganlah anda semua begitu taksub dan memandai-mandai seperti ini.
“Wallahi, saya tidak pernah menyimpan apa-apa barang seperti yang dikatakan,” katanya.

Sebelum ini, Zara tidak menyangka kisah peribadinya yang diganggu makhluk halus menjadi sorotan ramai sehingga masih heboh di seluruh platform media sosial.
Perkongsiannya itu menjadi tumpuan ramai terutamanya selepas tular sebuah potongan video podcast tersebut memaparkan suara Zara yang berubah menjadi seram ketika menyebut perkataan ‘iblis’.
Dalam podcast Disebalik Misteri yang dikendalikan oleh usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa bersama Pak Ngah Kun, Zara berkata gangguan mistik itu membuatkan dirinya berperwatakan seperti ular dalam mimpi, selain turut memiliki kebolehan melihat jin dan syaitan.
Bukan itu sahaja, gangguan ghaib tersebut begitu ekstrem sehingga dia pernah ingin membahan kucing sendiri.




