am@hmetro.com.my
Kajang: Polis menahan seorang ketua balai polis dan dua anggotanya yang berhibur di sebuah pusat hiburan di daerah ini semalam.
Menurut sumber, serbuan dijalankan sepasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor selepas menerima maklumat.
“Pegawai dan anggotanya itu ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan di Kajang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan penahanan terbabit.
© New Straits Times Press (M) Bhd




