Bekas kekasih gelap pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine tampil bersuara berhubung nama panggilan telefon yang tertera dalam muzik video (MV) lagu Bella Astillah berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Sarah mendedahkan individu tersebut yang dipercayai aktor berkenaan pernah menyimpan namanya sebagai ‘Harley Quinn’ iaitu sama seperti yang dipaparkan dalam MV berkenaan.
“Sarah tak nafikan contact number yang dia pernah save dulu adalah ‘Harley’ from ‘Harley Quinn’ gitu.
“Yang lain lainnya terjadi antara mereka berdua saya tidak tahu disebalik tabir. Benda betul kita cakap betul, benda yang salah, kita jujur saja cakap salah.
“Saya tak tahu semuanya, anda semua pun dah tahu cerita. Saya tak nak tipu cakap Harley bukan saya sebab nombor Sarag dua pernah save dulu adalah ‘Harley’,” katanya dalam satu perkongsian di IG.

Dalam masa yang sama, dia turut mengakui babak aktor lelaki membuat panggilan video bersama kekasih gelapnya dalam MV lagu Bella itu adalah sama seperti yang dilalui Sarah.
“Memang kita ada video call bila dia dekat rumah, tapi lain lainnya saya tak tahu. Yes, I was Harley in his phone, everyone else was saved as their full name,” ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Bella melancarkan lagu dan MV lagu Tapi Bukan Denganmu yang mengisahkan tentang suami berlaku curang.
Lirik ditulis sepenuhnya oleh Bella itu diinspirasikan daripada sebahagian pengalaman pahit dalam kisah hidupnya.
Artikel Berkaitan: “Saya Tak Kisah, Lebih Baik Begini” – Bella Astillah Maklum Aliff Aziz Tak Ada Hubungi… Anak-Anak Pun Tidak Mencari
Artikel Berkaitan: Kehidupan Kini Lebih Tenang, Bella Astillah Yakin Lambat Laun Mampu ‘Move On’ – “Hubungan Selama 12 Tahun Itu Tak Mudah”
Artikel Berkaitan: Tepis Dakwaan Tumpang Populariti, Muaz Zabir Bersikap Terbuka Sering Dikaitkan Dengan Bella Astillah – “Jika Tak Beri Impak Negatif, Apa Salahnya?”




