Seorang wanita Palestin yang dikenali sebagai Aminah Muhammad memohon maaf kerana membuat kecoh di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) baru-baru ini.
Menurut Aminah, perbuatan itu berlaku di luar kawalan dirinya disebabkan berasa tertekan memikirkan anaknya di Gaza kerana sudah seminggu tidak dapat berkomunikasi.
Saya minta maaf dan sangat menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya bersumpah kepada Tuhan, saya tidak buat dengan sengaja, kami sedang lalui situasi dan keadaan yang sangat sulit yang hanya Allah SWT sahaja tahu.
Serius kamu (rakyat Malaysia) adalah orang baik, murah hati dan menghormati orang dan saya berterima kasih kerana menerima dan melayan kami dengan baik. Saya bersumpah dengan nama Allah SWT, kami mendapat apa yang terbaik. Apa yang saya cakap ini ikhlas dari hati saya.
Untuk pengetahuan korang, wanita itu antara 127 rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.
Harap rakyat Malaysia dapat memaafkan saudara Islam kita ini. Manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.





