Baru-baru ini, ketua balai polis dan dua lagi anggotanya telah ditahan semasa berparti di sebuah premis hiburan di Taman, Dutamas, Cheras, Selangor,pada awal pagi semalam.
Menerusi laporan The Star, ketiga-tiga mereka berusia antara 37 dan 57 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang.
Menurut Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan, 14 orang yang ditahan itu didapati positif dadah termasuk tiga anggota polis tersebut.
Hasil pemeriksaan dan ujian saringan air kencing mendapati 14 orang ditahan itu positif dadah termasuk tiga anggota polis.
Mereka ditahan reman dua hari hingga hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Difahamkan, ketiga-tiga anggota polis yang ditahan tersebut telah dipindahkan ke Jabatan Pengurusan Selangor sementara menunggu siasatan lanjut.




