Maresca kagum semangat juang kental pemain Chelsea

Maresca kagum semangat juang kental pemain Chelsea

London: Pengurus Chelsea, Enzo Maresca mengakui kagum dengan semangat kental pemainnya ketika seri 1-1 dengan Nottingham Forest pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menyaksikan 11 kad kuning dilayangkan serta tercetus pergaduhan di tepi padang, malam tadi.

Penyerang Forest, James Ward-Prowse dibuang padang pada minit ke-78 selepas dua kad kuning kedua kerana kekasaran terhadap Cole Palmer dan Nicolas Jackson.

Pengurus pasukan pelawat dari Portugal, Nuno Espirito turut dilayangkan kad kuning.

Tetapi, enam pemain Chelsea dilayangkan kad kuning dan mungkin berdepan denda daripada pihak Liga Perdana kerana tidak berdisiplin.

Sebelum ini, mereka pernah didenda kerana mengumpul kad kuning pada perlawanan dengan Bournemouth, bulan lalu.

Maresca berkata, anak buahnya perlu meningkatkan disiplin, tetapi mengakui: “Saya gembira dengan cara pemain berjuang dan mempertahankan satu sama lain serta membentuk satu pasukan.

“Tiada masalah apabila pemain menunjukkan emosi mereka. Saya sukakan semangat dalam pasukan ini.”

Perlawanan berlangsung hambar sebelum jaringan penyerang Forest, Chris Wood dan pemain tengah Chelsea, Noni Madueke meningkatkan tempo permainan.

Tindakan pemain gantian, Neco Williams membentes pertahanan Chelsea, Marc Cucurella hingga terjatuh di kawasan teknikal dan terkena pengurus sendiri menyebabkan keadaan menjadi panas.

Beberapa pemain termasuk dari bangku simpanan turut masuk campur sambil tolak menolak sebelum pengadil, Chris Kavanagh mengawal keadaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top