“Hati Saya Remuk!” – Dua Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Fazura Kesal Fattah Amin Tak Ada Usaha Selamatkan Rumah Tangga

“Hati Saya Remuk!” – Dua Bulan Tak Tinggal Sebumbung, Fazura Kesal Fattah Amin Tak Ada Usaha Selamatkan Rumah Tangga

Pelakon, Nur Fazura kesal apabila bekas suami, aktor Fattah Amin tidak berusaha untuk menyelematkan rumah tangganya sepanjang dua bulan mereka tidak tinggal sebumbung.

Aktres drama rantaian Manisnya Cinta Di Cappadocia itu mengakui hatinya remuk namun masih berharap Fattah memujuknya.

“Sudah dua bulan kami tidak tinggal sebumbung. Tapi dalam tempoh itu saya harap dia datang pujuk, namun tiada pun Whatsapp atau ucapan ‘im sorry’.

“Sebagai seorang isteri adakala berasa marah, tetapi saya berharap dia datang dan pujuk. Saya bercakap benar, Allah tahu saya tidak menipu.

“Dia datang rumah dua kali untuk jumpa anak. Ada sekali dia datang waktu saya failkan perceraian dan datang sebelum kami bercerai untuk ambil baju. Tetapi waktu itu saya tiada di rumah.

“Hati saya remuk, saya berdoa kepada Allah dia datang untuk pujuk. Mungkin kalau dia pujuk saya akan berlembut hati dalam tempoh dua bulan itu. Tapi tiada langsung inisiatif yang dia buat menunjukkan dia benar-benar sayang saya,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Fazura meluahkan rasa terkilan apabila keluarga mentuanya tidak bertanya khabarnya dan puteri sulung, Nur Fatima Aisya.

Dalam pada itu, Fazura turut mendakwa keluarga mentua tidak menghubungi dirinya untuk bertanya khabar sepanjang kemelut rumah tangga berlaku.

“Saya memang sayangkan keluarga mentua macam keluarga saya sendiri. Tapi saya agak terkilan langsung tiada di antara mereka yang hubungi untuk bertanya khabar saya dan Fatima. Apa pun saya sudah maafkan mereka.

“Banyak usaha saya lakukan untuk selamatkan rumah tangga. Sebab lama saya bertahan cuma tidak tunjuk di sosial media. Orang nampak saya gembira tetapi Allah sahaja tahu mental saya tertekan,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.

Pada 7 Oktober, Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu pada jam 9:45 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.

Sebelum Fattah melafazkan cerai, ketika diluar mahkamah, pasangan itu dilihat berbincang antara satu sama lain.

Terdahulu, status rumah tangga mereka didakwa bergolak selepas timbul dakwaan mengatakan wujud orang ketiga.

Bukan itu sahaja, konflik antara Fattah dan Fazura semakin menjadi bualan hangat selepas mereka sudah lama tidak kelihatan bersama mahupun saling berkongsi foto di mana-mana platform media sosial.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Artikel Berkaitan: Fattah Amin, Fazura Sah Bercerai Talak Satu

Artikel Berkaitan: “Bertahun Sengsara! Kereta Range Rover Saya Bagi Dia Bawa Wanita Haram” – Curang, Abai Nafkah Antara Punca Cerai Fazura & Fattah Amin

Artikel Berkaitan: Terkilan Dituduh Tak Setia, Fattah Amin Nafi Curang – “Itu Tohmahan Untuk Cemarkan Nama Saya”

Scroll to Top