Bapa Rina meninggal dunia

Bapa Rina meninggal dunia

fidahruzki@bh.com.my

PUTRAJAYA: Bapa kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, meninggal dunia, hari ini.

Ketua Unit Komunikasi Korporat kementerian itu, Eikmar Rizal Mohd Ripin, memaklumkan bahawa Mohd Haron Mohamad Khairi, 70, meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh, jam 3.40 pagi tadi.

“Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan mendoakan semoga roh arwah diampunkan segala dosa, dicucuri rahmat serta diberikan tempat mulia di sisi Allah SWT,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau berkata, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Salak Tinggi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top