Ibu Bapa Fattah Amin Turut Hadir Ke Mahkamah Syariah Beri Sokongan, Harap Yang Terbaik

Ibu Bapa Fattah Amin Turut Hadir Ke Mahkamah Syariah Beri Sokongan, Harap Yang Terbaik

Ibu bapa kepada pelakon Fattah Amin turut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari bagi menemani anaknya.

Bapa Fattah, Mohd Amin Musa, 57, berkata mereka reda atas apa sahaja yang berlaku ke atas rumah tangga anaknya.

“Apa yang berlaku kami reda. Harap yang terbaik buat anak. Semoga Fatima (cucu) juga baik,” ujarnya yang ditemani isteri, Azizah Abdul Ghani, 54.

Amin dan Azizah ditemui di luar bilik Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada Isnin.

Kedua-dua mereka hadir bagi sebutan kes cerai melibatkan Fattah dan isterinya iaitu aktres Nur Fazura.

Fazura terdahulu memfailkan permohonan cerai pada 13 September.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 4 tahun.

Scroll to Top