“Masya-Allah Cantik” – Netizen Puji Mas Idayu Tampil Dengan Imej Berniqab | Oh! Media

“Masya-Allah Cantik” – Netizen Puji Mas Idayu Tampil Dengan Imej Berniqab | Oh! Media

Baru-baru ini, penyanyi dangdut popular Mas Idayu telah mencuri perhatian warga maya apabila tampil dengan imej berniqab.

Menerusi hantaran di TikTok, Mas Idayu telah memaparkan beberapa keping gambar dia bersama kakak dan adiknya.

Menjengah ke ruangan kapsyen, Mas Idayu juga turut berterima kasih kepada kakak dan adiknya kerana selalu ada bersamanya.

Syukur Alhamdulillah, terima kasih kakak ku dan adik ku..selalu ada buat angah.

Rata-rata netizen turut gembira melihat imej Mas Idayu tersebut, ramai juga yang mendoakan agar Mas Idayu dapat Istiqomah dalam mengekalkan penampilan itu.


Scroll to Top