Lana Nodin Tegur Fazura, Minta Henti Sebar Aib Bekas Suami! – “Bila Memilih Beritahu Satu Dunia, Mungkin Awak Bukan Mangsa”

Lana Nodin Tegur Fazura, Minta Henti Sebar Aib Bekas Suami! – “Bila Memilih Beritahu Satu Dunia, Mungkin Awak Bukan Mangsa”

Pelakon, Lana Nodin menegur tindakan selebriti jelita, Nur Fazura yang didakwa ‘mencanang’ aib rumah tangga bersama bekas suami, Fattah Amin secara terbuka ketika ditemui media usai perceraian mereka, pada Isnin lalu.

Selain meminta Fazura untuk berdiam diri dan berhenti daripada terus menyebarkan aib, Lana turut mempertikaikan keputusan aktres filem popular Pisau Cukur itu yang dikatakan mahu bercerai secara baik.

“Kalau matang lebih baik berdiam diri daripada buka aib bapa pada anak sendiri.  Esok budak tu dah besar tengok malu saja. Kata nak berpisah cara baik kenapa nak kena jelaskan la nak buka aib la, esok orang buka aib kau baru tahu,” katanya.

Bukan itu sahaja, Lana menasihati Fazura untuk menjadi seorang wanita yang bijak dan matang.

Jadi matang, diam dan teruskan kehidupan. Allah saja tahu kalau kau sedih tapi bila kau memilih untuk beritahu satu dunia jadi mungkin kau bukan mangsa. Jadi bijak la,” bidasnya.

Fazura

Lana berkata demikian menerusi ruangan komen yang ditinggalkan di Instagram Melodi Tv3.

Pada 7 Oktober lalu, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu di hadapan dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Fazura yang telah memfailkan perceraian pada 13 September lalu bercucuran air mata apabila mengakui dia tidak dapat menerima Fattah bertindak curang.

Selain isu curang, punca perceraian lain adalah Fattah didakwa telah mengabaikan nafkah serta tiada persefahaman.

Fazura dan Fattah telah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.

Artikel Berkaitan: Usaha Pujuk Fazura Tak Berhasil, Fattah Amin Terkilan Dihalang Masuk Rumah – “Call & WhatsApp Tak Jawab”

Scroll to Top