Dakwaan pergolakan rumah tangga pelakon, Baim Wong akhirnya terjawab apabila aktor itu disahkan telah memfailkan perceraian terhadap isterinya, Paula Verhoeen pada Isnin.
Menerusi laporan daripada CNN Indonesia, peguam mewakili Baim mengesahkan permohonan cerai yang dilakukan oleh Baim di Pengadilan Agama Jakarta Selatan, Indonesia.
“Betul, iya Baim ada failkan perceraian,” katanya.
Sebelum ini. Baim enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan rumah tangganya bersama isteri, Paula sedang bergolak.
Dengan ringkas, Baim hanya meminta orang ramai untuk mendoakan yang terbaik buat perkahwinan bersama Paula yang sudah terbina selama enam tahun itu.
Desas desus rumah tangga mereka disyaki bergolak dan menjadi sebutan ramai selepas Baim dan isteri dilihat sudah tidak meluangkan masa bersama sekali gus menimbulkan khabar angin tersebut.
Tidak hanya itu, menerusi sebuah video yang dikongsikan di saluran YouTube miliknya, Baim meminta agar orang ramai mendoakan perkahwinannya.
Untuk rekod, Baim berkahwin dengan Paula Verhoeven pada 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Kiano, 3 dan Kenzo yang berusia, 2 tahun.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baim Wong Tetap Kunci Mulut Dakwaan Rumah Tangga Bersama Paula Berholak – “Doakan Yang Terbaik”




