Amerika larang Israel serang lapangan terbang Beirut

Amerika larang Israel serang lapangan terbang Beirut
Sejak minggu lalu, Amerika Syarikat telah menyewa penerbangan hampir setiap hari untuk membawa rakyatnya dan keluarga mereka keluar dari Lubnan. (FOTO: AFP)
– Advertisement –

BEIRUT: Amerika Syarikat memberi amaran kepada Israel supaya tidak menyerang lapangan terbang Beirut atau jalan raya menuju ke sana, ketika tentera Israel melakukan serangan udara secara intensif terhadap Hizbullah di pinggir selatan ibu kota Lubnan.

Jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller dalam kenyataannya kepada AFP pada Isnin berkata, “Kami fikir adalah sangat penting bahawa bukan sahaja lapangan terbang dibiarkan beroperasi seperti biasa, tetapi jalan raya ke lapangan terbang, supaya bukan sahaja rakyat Amerika tetapi juga rakyat negara keluar masuk (Lubnan).”

– Advertisement –

Sumber keselamatan berkata, tentera udara Israel telah melancarkan serangan kelmarin di pinggir selatan Beirut, berhampiran lapangan terbang antarabangsa Beirut.

Sejak minggu lalu, AS telah menyewa penerbangan hampir setiap hari untuk membawa rakyatnya dan keluarga mereka keluar dari Lubnan ketika konflik antara Israel dan kumpulan Lubnan yang disokong Iran, Hizbullah semakin memuncak.

“Kira-kira 900 individu telah mengambil penerbangan setakat ini,” kata Miller yang menambah bahawa AS juga menempah tempat duduk dalam penerbangan komersial yang terus beroperasi.

“Kira-kira 8,500 rakyat Amerika telah menghubungi Jabatan Negara untuk bertanya tentang syarat berlepas, tetapi ini tidak bermakna mereka semua ingin keluar dari Lubnan,” tambahnya.

Miller juga enggan mengulas mengenai serangan Israel di Lubnan dan Beirut khususnya, dan mengenai  sama ada negara haram itu menghormati undang-undang antarabangsa atau tidak menghiraukannya.

“Saya tidak mempunyai pendirian Israel.

“Tetapi sudah tentu, kami menjangkakan mereka menyasarkan Hizbullah dengan cara yang mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan meminimumkan korban awam,” katanya.

Terdahulu, AS ada kalanya mengkritik jumlah penduduk awam yang dibunuh oleh Israel  Semenanjung di Gaza, yang mencecah lebih 41,000 sejak perang tercetus pada tahun lalu; dan  Presiden Joe Biden telah menyebut beberapa tindakan Israel di sana  sebagai ‘melebihi’

Namun setakat ini, Washington tidak mengubah dasar menyokong Israel dalam operasi ketenteraannya yang berkembang.

Israel melancarkan kempen ketenteraan yang besar sebagai tindak balas terhadap serangan berdarah oleh kumpulan pejuang Islam Palestin, Hamas pada 7 Oktober 2023.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini,  ia telah memperluaskan perangnya dari Semenanjung Gaza, tempat didakwanya Hamas berpusat, kepada Hizbullah di Lubnan.

“AS menyokong serangan Israel terhadap Hizbullah,” kata Miller.

Tetapi, tambahnya, “Kami sangat menyedari banyak kali pada masa lalu di mana Israel telah melakukan operasi yang kelihatan seperti terhad dan telah kekal melakukannya selama berbulan-bulan atau selama bertahun-tahun.

“Dan akhirnya, itu bukan keputusan yang kita mahu lihat.” -Agensi/– HARAKAHDAILY 8/10/2024

– Advertisement –

Scroll to Top