Tiru gaya ‘make up’ nikah Neelofa, gadis gigih pinjam alas meja jiran jadi ‘veil’

Tiru gaya ‘make up’ nikah Neelofa, gadis gigih pinjam alas meja jiran jadi ‘veil’

Kemeriahan majlis penyatuan dua jiwa antara Neelofa dan PU Riz menjadi sebutan dalam kalangan rakyat Malaysia terutama sekali di laman sosial.

Selain menggunakan pelamin berkonsep ‘Jabal Rahmah’ serta dekorasi dewan dihiasi dengan 4 tan bunga segar berwarna putih, pakaian pengantin dipakai Neelofa turut menjadi perhatian ramai.

Teruja melihat kecantikan penampilan pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor itu, seorang gadis dikenali sebagai Nadyiayaya cuba meniru gaya ‘make up’ serta busana yang dipakainya.

Menerusi aplikasi TikTok, gadis tersebut berkongsi video tutorial ‘make up’ pengantin ala-ala Neelofa kepada pengikutnya.

@nadyiayaya

try my best 😌 love you @neelofa 🤍#neelofa #weddingneelofa #neelofapuriz #makeupneelofa #coconutscrub #cocofaced #fyp #foryoupage

♬ original sound – 𝓐𝓶𝓲𝓻𝓪𝓱𝓳𝓸𝓮 ✨ – 𝓐𝓶𝓲𝓻𝓪𝓱𝓳𝓸𝓮 ✨

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian netizen adalah ‘veil’ atau kain layah dipakai oleh gadis tersebut yang kelihatan sungguh ‘unik’.

Dalam video lain pula, gadis itu mendedahkan ‘rahsia’ tentang kain layah yang dipakainya itu..

@nadyiayaya

expectation vs reality 😂 #neelofa #weddingneelofa #neelofapuriz #makeupneelofa #coconutscrub #cocofaced #foryoupage #fyp

♬ original sound – 💉 MEI BOREG 💊 – Mina

“Terima kasih jiran bagi pinjam lapik meja,” tulisnya.

Siapa sangka, rupanya kain layah berkenaan merupakan kain alas meja berwarna putih yang dipinjam daripada jiran sebelah rumah semata-mata untuk meniru gaya Neelofa.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat aksi gadis itu yang begitu gigih ingin menghasilkan semula ‘look’ Neelofa.

Kreatif sungguh ya! Asalkan jadi gaya ‘make up’ Neelofa tu, alas meja pun bolehhh.

Sumber: TikTok @nadyiayaya

Scroll to Top