Platform e-dagang terkemuka, Shopee menawarkan pelbagai tawaran menarik sempena 10.10 Festival Jenama.
Festival ini menawarkan diskaun dan baucar daripada pelbagai jenama kegemaran anda, sambil memperoleh nilai terbaik dalam setiap pembelian.
Dengan program Dijamin Harga Terendah, penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum dan pulangan tiga kali berganda dalam bentuk Shopee Coins, ini adalah waktu yang tepat untuk berbelanja dengan bijak.
Istimewa sempena 10.10 Festival Jenama

1. Dijamin Harga Terendah
Sempena 10.10 Festival Jenama kali ini, pelanggan dijamin mendapatkan tawaran paling berbaloi di pasaran.
Sekiranya anda menemui harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan mengembalikan tiga kali ganda Shopee Coins bagi setiap perbezaan harga.
Klik sini untuk maklumat lanjut.
2. Penghantaran Percuma Tanpa Perbelanjaan Minimum
Shopee sangat memahami kepentingan pengalaman membeli-belah yang mudah, jadi tawaran penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum diberikan untuk membolehkan pelanggan membeli-belah dengan lebih fleksibel tanpa perlu memikirkan kos penghantaran.
3. Pulangan 120 Peratus Shopee Coins
Peluang tidak datang bergolek, manfaatkan peluang untuk mendapatkan pulangan 120 peratus dalam bentuk Shopee Coins yang boleh digunakan untuk mendapatkan lebih diskaun untuk pembelian seterusnya.
Ini adalah cara yang bijak untuk memaksimalkan simpanan anda semasa berbelanja.
Eksklusif untuk barangan fesyen, kecantikan
Sertai 12PM Waktu Fesyen dan Kecantikan untuk menikmati diskaun luar biasa yang ditawarkan untuk barangan tertentu.
Selain itu, 8PM Waktu Shopee Live 8PM juga menawarkan baucar diskaun sehingga 90 peratus dengan perbelanjaan minimum RM1 dan had maksimum RM5 untuk pesanan melalui Shopee Live.
Tawaran Knockout 10.10, 12AM Malam Mega Eksklusif
Sertai keseronokan Mega Midnight Madness pada 10 Oktober, dari jam 12 tengah malam sehingga jam 1 pagi.
Jangan lepaskan peluang untuk merebut baucar eksklusif dan sertai permainan ‘Tap & Win’ setiap 10 minit.
Menjelang hari kemuncak 10.10, antara 2 hingga 9 Oktober, manfaatkan promosi RM10 Knockout Deals dengan menambah item ke troli dan kemudian membuat pembayaran semasa dua sesi utama iaitu pada jam 8 malam, 9 Oktober dan 12 tengah malam, 10 Oktober untuk mendapatkan barangan diskaun pada harga RM10 dan RM100.
Nikmati Tawaran Eksklusif 10.10 satu hari yang menampilkan tawaran istimewa daripada pelbagai seperti jenama seperti Amazfit, Vinda dan beplain.
Untuk penjimatan yang lebih berganda, gabungkan tawaran ini dengan tawaran eksklusif Mall hanya di Shopee.
Diskaun menarik menanti
Shopee kini memperkenalkan tawaran menarik melalui Shopee Video, di mana pengguna boleh menonton video dan mendapatkan sehingga 35 Shopee Coins.
Selain itu, nikmati diskaun 80 peratus dan baucar terhad RM8 untuk setiap pembelian melalui Shopee Video tanpa perlu memenuhi syarat perbelanjaan minimum.
Beli-belah tanpa risiko
Memahami kehendak pelanggan, Shopee juga menawarkan program 15 Hari Pemulangan Percuma di mana pelanggan boleh memulangkan item dengan mudah tanpa sebarang soalan jika mereka berubah fikiran.
Bukan itu saja, Shopee juga akan memastikan barangan pelanggan tiba tepat pada waktunya dengan Jaminan Tepat Waktu.
Jika bungkusan dihantar lambat, pelanggan akan menerima baucar Jaminan Tepat Waktu.
Shopee Mall juga menawarkan pengalaman membeli-belah yang tiada tandingan dengan menjanjikan produk dari jenama rasmi yang 100 peratus asli.
Pelanggan kini boleh berbelanja dengan keyakinan, kerana setiap produk yang tersedia di Shopee Mall melalui proses pengesahan ketat bagi memastikan kualiti dan keaslian.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai tawaran terbaik sempena 10.10 Festival Jenama.
Inilah masa yang sesuai untuk berbelanja dengan bijak di Shopee dan alami pengalaman membeli-belah yang penuh kemeriahan dan kepuasan.
Untuk maklumat lanjut, klik pautan ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




