Sakan bergelek, netizen terkilan Dolla cemarkan baju celoreng tentera

Sakan bergelek, netizen terkilan Dolla cemarkan baju celoreng tentera

Tindakan sebuah kumpulan wanita telah membuatkan netizen terkilan apabila dilihat Dolla cemarkan baju celoreng tentera ketika membuat persembahan di Hausboom Music Festival 2024, baru-baru ini.

Menerusi video tular, dilihat Dolla sedang rancak membuat persembahan bagi lagu berjudul Damelo dengan penuh bertenaga termasuk sakan bergelek.

Dolla cemarkan baju celoreng tentera

Bagaimanapun, perkongsian yang kini telah dipadam oleh pengguna TikTok dikenali apieceofnadia telah menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, ahli kumpulan Dolla jelas sekali memakai baju celoreng tentera dengan melakukan aksi kurang sopan di atas pentas Hausboom Music Festival 2024.

Artikel lain: Niat nak daftar kahwin, pasangan tentera pakat terus nikah pakai baju celoreng

Terkilan, anggota tentera tersinggung

Meksipun hantaran video berkenaan telah diturunkan, namun ia masih membuatkan ramai orang terutama dalam kalangan anggota tentera tersinggung kerana uniform kebanggaan mereka disalah gunakan.

Seorang pengguna Facebook dikenali Hafiz Azri meluahkan rasa terkilan sebaik sahaja melihat video berkenaan tular.

“TERKILAN!!! Jika ditanya kepada mereka yang bergelar Tentera Darat pasti masing-masing akan meluahkan rasa tersinggung.
“Dimanakah silap? Adakah penganjur lupa untuk rujuk mana-mana badan bertanggungjawab? Benda sudah jadi!!! Apa tindakan?
“Ramai yang tersinggung, nak pakai tak salah tapi biarlah kena dengan tempat dan cara pemakaian,”luahnya.

Berikut adalah akta yang perlu diketahui orang ramai pemakaian pakaian tentera.

Setakat artikel ini ditulis, masih tiada sebarang kenyataan rasmi atau penjelasan daripada pihak pengurusan Dolla berhubung isu ini.

Sumber: TikTok apieceofnadia, FB Hafizi Azri, Berita Tentera Darat Malaysia

Scroll to Top