Duduk berhadapan di katil hospital, warga emas saling bergurau buat ramai terhibur

Duduk berhadapan di katil hospital, warga emas saling bergurau buat ramai terhibur

Dua orang warga emas saling bergurau sewaktu duduk berhadapan di katil hospital membuatkan ramai terhibur memandangkan masing-masing ceria walaupun sedang berada dalam keadaan tidak sihat.

Sama-sama ditahan di wad

Menerusi video yang dikongsi pengguna X dikenali sebagai dekna.solehah, dia memuat naik video sewaktu bapanya yang dirawat di wad hospital sedang bergurau dengan pesakit di katil hadapannya dengan pelbagai gerakan mencuit hati.

Duduk berhadapan di katil hospital, sempat usik rakan lagi

Tulis pengguna TikTok tersebut, bapanya yang sedang sakit seperti sudah sihat apabila mengusik seorang lagi warga emas yang sedang menerima rawatan sama di wad tersebut.

Duduk berhadapan di katil hospital

Wanita rakam gurauan bapa dan pesakit lain yang duduk berhadapan di katil hospital

Warga emas yang berada di katil hadapan turut sama melakukan gerakan-gerakan mencuit hati bagi merespon gurauan bapa kepada dekna. solehah.

Artikel lain: Pak cik buka baju dipakai beri pada gelandangan kesejukan terkena hujan

Sakan gelak2, tapi katil bagi orang lain baring

Dalam pada itu, menerusi hantaran pengguna TikTok yang lain, terlihat bapanya dengan tiup masih terpasang dihidung bergelak ketawa di tepi katil.

Lebih membuatkan ramai terhibur, katil tersebut diberikan kepada orang lain untuk baring seketika disitu sementara dia sedang rancak bersembang dengan pesakit lain di wad berkenaan.

Comel la pak cik macam ni

Perkongsian tersebut telah mendapat respon yang pelbagai daripada warganet. Rata-rata terhibur dengan gelagat warga emas berkenaan kerana tetap ceria walaupun sedang berada dalam keadaan kurang sihat.

Mereka juga mendoakan agar bapa kepada pengguna TikTok berkenaan segera diberi kesembuhan dan begitu juga pesakit-pesakit yang berada di wad hospital tersebut.

Dia main teropong-teropong pulak

Cara orang tua hiburkan diri

Ada yang ada kisah hampir serupa

Lihat mereka tertawa dan ceria pasti membuatkan anak-anak berasa lega. Semoga mereka diberi kesihatan yang baik serta kesembuhan secepatnya.

Sumber: TikTok dekna.solehah

Scroll to Top