Usahawan pizza wagyu popular, Jofliam dan pempengaruh, Cik Epal memaklumkan sudah sah bercerai talak satu.
Namun, Jofliam dan bekas isterinya enggan mendedahkan punca sebenar penceraian kerana tidak mahu aib sesiapa terbuka.
Apa yang pasti ianya bukanlah disebabkan Jofliam berlaku curang seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Terbaru, usahawan pizza ini mengampunkan pemfitnah yang telah melemparkan tuduhan tidak benar mengenainya.

Katanya, dia mempunyai maruah dan maruah itu akan dijaga demi kedua-dua anaknya iaitu Han dan Yuki.


Apa yang penting bagi Jofliam sekarang adalah kebahagiaan anak-anaknya. Walaupun terpaksa menutup perniagaan pizza, usahawan ini tidak berputus asa dan akan bangkit semula.





