Pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau sokong tindakan yang dilakukan oleh Fattah Amin kerana menyimpan aib bekas isterinya selepas bercerai baru-baru ini.
Saya pun tak sebelahi mana-mana, itu hal keluarga dia. Tetapi sebagai lelaki, dalam rumah tangga ini, kalau wanita sedang bercakap, biar dia bercakap dahulu. Kalau dua dua nak bercakap, ia akan jadi kecoh.
Selepas isteri habis bercakap, barulah kita berikan penjelasan kita pula. Tak mengapa, suatu hari nanti kebenaran akan muncul. Berdiam diri sekarang tidak bermakna kita kalah, kita salah.
Pelakon senior itu juga tidak mahu kedua-dua pihak sama ada dari Fattah atau Fazura memberi kenyataan yang mengundang kecaman ramai.
Kesimpulannya, tidak perlu membuka aib pasangan selepas bercerai kerana boleh mendapat reaksi negatif dari masyarakat.





