[VIDEO] “Isteri Hanya Mahu Kasih Sayang, Kejujuran.. Jangan Sampai Dia Hilang Kepercayaan, Buruk Dik” – Jalaluddin Hassan

[VIDEO] “Isteri Hanya Mahu Kasih Sayang, Kejujuran.. Jangan Sampai Dia Hilang Kepercayaan, Buruk Dik” – Jalaluddin Hassan

Pelakon senior, Datuk Jalaluddin Hassan menyentuh hati ramai golongan isteri selepas sebuah video memaparkan dirinya menasihati para suami tular di platform TikTok.

Menerusi video tersebut, Jalaluddin meminta para suami untuk memahami dan tidak mengambil mudah terutamanya berkenaan perasaan isteri yang telah banyak berkorban.

“Kepada suami-suami di luar sana, jasa dan pengorbanan isteri ini besar sebenarnya. Kesetiaannya kepada kita sebagai seorang suami, Ya Allah berganda-ganda.

“Kita bagi sedikit kasih sayang, dia balas lebih daripada itu. Jadi, kepada suami di luar sana janganlah ambil mudah tentang isteri anda terutamanya sekali perasaan mereka.

“Cuba memahami perasaan isteri. Mereka tak mahu apa-apa daripada kita, isteri hanya mahu kasih sayang kita. Apa yang kita beri kepada isteri itulah tanggungjawab kita, dapat pahala,” katanya.

Dalam pada itu, Jalaluddin juga berharap agar para suami menjaga kesetiaan isteri agar kepercayaan mereka tidak hilang.

“Isteri cuma nak kasih sayang, kejujuran kita itu sahaja. Jagalah hubungan itu, supaya jangan isteri hilang kepercayaan kepada kita. Bila isteri dah hilang kepercayaan, dia nampak buruk dik,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, para isteri membanjiri hantaran video tular di platform TikTok itu menyuarakan isi hati mereka yang seakan terkesan dengan nasihat aktor terkemuka itu.

@rerzbong

Nasihat ‘orang lama’ (Isteri untuk dihargai) #fyp #suami #isteri #rerzbong

♬ original sound – トワン・カシャ🇲🇾 – トワン・カシャ🇲🇾

Scroll to Top