Azura kini Ketua Pengarah JBSN

Azura kini Ketua Pengarah JBSN

saifulaffendy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan pelantikan Azura Abidin sebagai Ketua Pengarah (KP) Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) kelapan yang baharu berkuat kuasa semalam.

KBS dalam satu kenyataan berkata, Azura, 56, memulakan perkhidmatan di kementerian itu pada 2001 dan jawatan terakhirnya sebelum ini adalah Pengarah di Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas).

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sukan dari Universiti Malaya (UM) dan Sarjana Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta ditauliahkan dengan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia: Pengurusan Kerja Belia (Tahap 5).

“KBS yakin Azura Abidin dapat menerajui perkhidmatan belia dan sukan dengan cemerlang, meneruskan kesinambungan dalam memacu transformasi pembangunan belia dan sukan akar umbi seterusnya meningkatkan lagi kualiti belia dan sukan negara ke tahap lebih tinggi demi masa depan generasi pewaris negara.

“Beliau juga akan meningkatkan integriti dalam kalangan warga Jabatan Belia dan Sukan Negara seiring dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia.

“JBSN dan KBS akan terus komited untuk mencapai kecemerlangan dalam memimpin pembangunan belia dan sukan, serta memperkasakan suara anak muda demi kemajuan Malaysia Madani,” kata kenyataan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top