
NEW DELHI: Ibu negara India mengenakan perintah berkurung dari 10 malam hingga 5 pagi mulai hari ini sehingga 30 April berikutan peningkatan kes Covid-19.
Sejumlah 3,548 kes dilaporkan di New Delhi dalam tempoh 24 jam lalu, menurut data Kementerian Kesihatan India hari ini.
Pihak berkuasa di bandar yang didiami 20 juta penduduk itu berharap perintah berkurung ini dapat menyekat pergerakan orang ramai pada waktu malam sekali gus membantu mengurangkan jumlah kes baharu.
Maharashtra, negeri paling teruk terjejas dengan Covid-19 di India, pada Ahad mengumumkan peraturan lebih ketat bermula semalam membabitkan perhimpunan awam, perintah berkurung waktu malam dan sekatan pergerakan pada hujung minggu.
Setakat petang tadi, negeri tersebut menyumbang 58% daripada jumlah keseluruhan kes aktif di India.