Kereta kebal pengganas Israel dimusnahkan Hizbullah

Kereta kebal pengganas Israel dimusnahkan Hizbullah
Serangan Hizbullah turut mengorbankan beberapa tentera pengganas rejim Israel. (FOTO: Al Mayadeen)
– Advertisement –

BEIRUT: Dua buah kereta kebal jenis Merkava milik Zionis Israel musnah sepenuhnya dalam dua operasi berturut-turut yang dilancarkan oleh kumpulan pejuang Hizbullah di Selatan Lubnan pada Khamis.

Operasi berkenaan berlaku di tengah-tengah pertempuran sengit yang telah dilakukan oleh Hizbullah yang merentasi kawasan sempadan di selatan Lubnan dan percubaan penyusupan Israel ke bandar al-Labbouneh, lapor Al-Mayadeen.

– Advertisement –

Saluran televisyen Lubnan memaklumkan sistem anti-kereta kebal telah ditembak dalam dua insiden berasingan di tengah-tengah pertempuran di sekitar kawasan Bukit al-Labbouneh, di mana serangan pertama telah mengenai kereta kebal berkenaan sekitar 12:50 pagi dan menyebabkannya terbakar.

Serangan kedua berlaku pada 2:50 pagi, apabila Merkava Israel disasarkan dengan peluru berpandu anti-kereta kebal sebelum turut membakarnya.

Kedua-dua serangan itu menyaksikan sebahagian krew kereta kebal berkenaan telah terbunuh, sementara yang lain mengalami kecederaan.

Kawasan serangan yang terletak berhampiran pantai Mediterranean dan sempadan Lubnan-Palestin itu telah menjadi titik penting bagi pergerakan tentera Israel ke Lubnan. Namun, ia turut menyaksikan kemusnahan berbilang kenderaan berperisai negara haram berkenaan.

Sementara itu, pengamal media yang berada di Selatan Lubnan melaporkan bahawa kenderaan tentera Israel turut terbakar di kawasan yang sama, sambil menambah bahawa pasukan penyelamat tentera Israel tidak dapat ke lokasi tersebut untuk menyelamatkan mereka yang mengalami kecederaan. -Agensi/– HARAKAHDAILY 18/10/2024

– Advertisement –

Scroll to Top