“Sebab Dia Tua Dan Boroi” – Anak Sulung Abuya Dedah Trauma Dipaksa Kahwin Dengan Pemimpin GISBH | Oh! Media

“Sebab Dia Tua Dan Boroi” – Anak Sulung Abuya Dedah Trauma Dipaksa Kahwin Dengan Pemimpin GISBH | Oh! Media

Ummu Atiyyah, anak sulung kepada bekas pengasas Al-Arqam, Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya telah mendedahkan bahawa pada tahun 2015, dia telah dipaksa berkahwin dengan seorang pemimpin atasan dalam kumpulan itu, dikenali sebagai Fadhil.

Menurut laporan Malayaia Gazette, Ummu Atiyyah memaklumkan perkahwinan ini didalangi oleh keluarganya sendiri bagi memperkukuhkan organisasi tersebut selepas kematian ayahnya pada 2010.

Saya dipaksa berkahwin dengan lelaki tua, boroi yang juga salah seorang pemimpin GISBH malah dikhianati adik beradik sendiri.

Dia dipaksa menjadi isteri keempat lelaki tersebut, yang mendakwa perkahwinan itu adalah seruan Rasulullah SAW dan Abuya.

Saya menolak sebab dia amat tua dan boroi.

Demi melarikan diri daripada perkahwinan ini, Ummu Atiyyah bersembunyi di rumah seorang kawannya di Jordan. Namun, Fadhil bersama pengikutnya, termasuk adik-beradik Ummu Atiyyah sendiri, mengejarnya sehingga ke rumah tersebut.

Selepas dipaksa kembali, Ummu Atiyyah akhirnya terpaksa mengikut kemahuan Fadhil dan menjadi isteri keempatnya. Dia kemudian dibawa ke Turkiye dan menghadapi penderaan yang amat teruk, termasuk dipisahkan daripada anaknya sendiri selama dua tahun.

Saya dipisahkan dengan anak, dicucuh pemetik api, dikurung, dan direndam dalam kolam berkali-kali.

Malah, adik perempuannya sendiri turut terlibat dalam penderaan ini, mendesaknya membogelkan diri dan memuklnya dengan getah paip.

Ummu Atiyyah akhirnya terpaksa mengikut kemahuan Fadhil kerana takut kehilangan nyawanya selepas berjam-jam direndam dalam air. Dia mendakwa dirinya dirogol kerana ianya tanpa kerelaan.

Walaupun berjaya melarikan diri dari Turkiye, Ummu Atiyyah sekali lagi ditangkap dan dibawa ke Indonesia. Di sana, dia menghadapi pelbagai penderaan sebelum akhirnya berjaya melarikan diri buat kali kedua.

Apa yang hendak saya sampaikan di sini, selama saya berada dalam kumpulan itu betapa teruknya sikap mereka itu yang bernafsu dan tidak bermaruah.

Menurutnya, syarikat ini menggunakan imej Islamik untuk meraih kepercayaan orang ramai, tetapi di sebalik tabir, berlaku pelbagai salah laku yang tidak bermoral.


Scroll to Top