Baru Sehari Dapat Kerja Baru, Alice Chang ‘Resign’ Kerana Gaji Tidak Setimpal | Oh! Media
Baru sahaja sehari bekerja di tempat baharu, Alice Chang kembali meraih perhatian ramai apabila membuat keputusan untuk berhenti kerja. Cuma kali ini berbeza sedikit.
Alice tidak dipecat namun dengan rela hati berhenti dari butik pakaian tradisi India di Kuala Lumpur dengan alasan gaji tidak setimpal.
Selepas mempertimbangkan semua perkara, saya mengambil keputusan untuk tidak bekerja di kedai anda.
Ibu saya menegaskan bahawa gaji saya tidak mencukupi untuk keperluan saya, lagi-lagi apabila populariti saya yang semakin meningkat di media sosial.
Saya percaya, saya boleh meningkatkan populariti dan perhatian kepada kedai anda tapi saya perlu ambil peluang yang selari dengan matlamat kewangan saya.
Selain itu, Alice juga meminta agar majikannya itu membayar gaji RM80 untuk sehari beliau bekerja.
Boleh tak kalau anda bantu saya dan selesaikan pembayaran RM80 untuk kerja saya semalam? Saya sangat hargainya.
Nasihat Ohmedia Alice perlu berehat dulu darı bekerja di mana-mana tempat. Risau Alice dipergunakan sebagai bahan marketing untuk viral.