Penyokong Juve kena 'gula-gula', pengumuman kehadiran Guler palsu

Turin: Juventus mengumumkan bahawa salah satu akaun media sosial mereka digodam, selepas peminat terkejut dengan pengumuman palsu kehadiran pemain remaja Turkiye, Arda Guler, yang kononnya menyertai kelab Itali itu.

Walaupun jendela perpindahan ditutup, pengikut akaun bahasa Inggeris Juve di platform media sosial X terkejut apabila sebuah foto pemain tengah Real Madrid, Guler, di sebuah lapangan terbang disiarkan.

“Selamat datang ke Juventus, Arda Guler,” kata hantaran berkenaan.

“Bintang yang sedang meningkat dalam dunia bola sepak kini sebahagian daripada keluarga Juventus.”

Juventus kemudiannya menjelaskan situasi itu di akaun bahasa Itali mereka, yang mengecewakan penyokong, dan pemain antarabangsa yang sangat bernilai berusia 19 tahun itu tidak akan tampil dalam Serie A dalam masa terdekat.

“Akaun bahasa Inggeris Juventus kami terjejas. Sila abaikan maklumat palsu yang diterbitkan di akaun ini,” kata hantaran rasmi kelab di X.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top