“Baru Ni Saya Ada Jumpa Fatima Tapi Keadaannya Tak Sama.. Mungkin Ambil Masa”- Fattah Amin

“Baru Ni Saya Ada Jumpa Fatima Tapi Keadaannya Tak Sama.. Mungkin Ambil Masa”- Fattah Amin

Menyedari banyak perubahan yang berlaku selepas proses perceraian bersama bekas isteri yang juga pelakon dan penyanyi, Fazura, aktor popular yang juga digelar sebagai ‘duda hot’, Fattah Amin tidak menyangka sokongan peminat begitu luar biasa buat dirinya.

Menurut pemilik nama sebenar Abdul Fattah Mohd Amin, 34, fokusnya kini hanya tertumpu kepada karier, keluarga dan anaknya, Fatima.

“Ya Allah, saya pun tak menyangka sebab dah lama juga saya tak keluar. So, saya nak ucapkan terima kasih dekat fans yang masih lagi support.

“Kalau isu digilai ataupun tak, sekarang ni saya fokus kepada kerja, keluarga dan Fatima. Itu sahaja niat saya nak cari rezeki yang halal dan boleh kongsi dengan keluarga saya,” katanya ketika ditemu bual menerui program Melodi.

 

Dalam pada itu, pelakon filem pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini tampil mengulas mengenai video tular yang memperlihatkan dirinya sedang menggendong kanak-kanak ketika hadir pada malam Gala Premiere All Access To Rossa 25 Shining Years baru-baru ini.

Ketika disoal mengenai adakah dia ada berjumpa dengan Fatima, Fattah berkata, dia ada berjumpa anaknya itu, namun keadaannya tidak sama.

“Alhamdulillah baru-baru ni saya ada berjumpa dengan Fatima cuma keadaan dia tak sama.

“Tapi alhamdulillah, kami masih dapat berjumpa dan spent time sama-sama.

“Walaupun dia anak yang bijak, tapi saya rasa dia tak faham macam kita orang dewasa. Mungkin akan ambil masa. Tapi sebagai daddy dia, saya akan luangkan masa untuk anak saya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Fattah menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya ada memuat naik foto berserta video ketika meluangkan masa bersama Fatima dan keluarganya.

 

Scroll to Top