Pelakon Shakilla Khoriri dilihat berlapang dada dengan keputusan kes hadanah bersama bekas suaminya, Fizi Ali.
Katanya, berbalah antara pasangan hanya akan memberi kesan buruk dan tidak menjanjikan kebahagian anak mereka, Ameena Sofea.
“Perebutan tak menjanjikan bahagia anak. Dendam peribadi tidak ada kena mengena dengan anak. Biar hari ni orang menunding jari dengan cerita yang tidak benar dan sulit untuk ‘dijaja’ pada seluruh manusia tetapi seorang Ibu tak akan ‘tidur’ bila hak anak mereka dirampas orang yang tidak sepatutnya.
“Tak akan tenang hatinya jika hak dan segalanya tentang masa depan anak dipandang ringan atau diperlekeh oleh siapa pun.
“Aku berlapang dada menerima apa saja keputusan. Cuma aku tak pernah akan give up dengan kebenaran yang aku simpan. Pertahankan hak Ameena supaya nanti, Ameena tak akan rasa berat sebelah antara Umi atau Daddy dia.
“Aku pikul tanggungjawab sepenuhnya kerana Allah. Kerana Ameena harta yang tak ternilai untuk aku. Perjalanan dan masa depan Ameena, tanggungjawab aku dan daddy dia tapi TErpulang pada diri masing-masing untuk melunaskan,” katanya.
Perkara itu dikongsi pemilik nama penuh, Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Shakilla juga menjelaskan bahawa perceraian bukanlah pengakhiran untuk pasangan ibu bapa memebrikan kasih sayang mahupun kebahagian terhadap anak mereka.
Malah, dia juga berharap mana-mana individu yang melalui perceraian tidak menyalahkan pasangan masing-masing sebaliknya sama-sama berkerjasama memberi kasih sayang dan perhatian dalam membesarkan anak.”Penceraian bukan titik noktah untuk anak-anak mengejar bahagia dan impian mereka. Jika kerjasama yang baik oleh ibu dan bapa insha- Allah anak-anak ini lebih bahagia dari anak-anak yang ibu dan bapa masih bersama tapi jauh dari hati masing-masing,” kongsinya.
Terdahulu, pada Isnin, Fizi Ali menerusi hantraan di platform sama kelihatan berkongsi mengenai perkara itu dan memaklumkan bahawa dia dan bekas isterinya itu telah mencapai kata sepakat mengenai isu penjagaan anak mereka.
“Syukur alhamdulillah..kes hadhanah untuk Ameena dah selesai.
“Selepas kedua dua pihak bersetuju dengan syarat-syarat yang telah diberi,” ulasnya.
Sekadar info, pada 15 Disember tahun lalu, Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla berhubung hak penjagaan Ameena yang kini berusia 5 tahun.
Untuk rekod, Shakilla dan Fizi Ali pernah berkahwin pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan perceraian mereka pada Disember 2021.
ARTIKEL BERKAITAN:Fizi Ali Syukur, Kes Hadanah Babitkan Anak Akhirnya Selesai
ARTIKEL BERKAITAN:Tak Mahu Mental Anak Terkesan, Shakilla Khoriri Enggan Kes Hadanah Berlarutan… ‘Happy’ Fizi Ali Nak Jumpa Ameena
ARTIKEL BERKAITAN:Selepas 3 Bulan, Fizi Ali Akhirnya Dapat Jumpa Anak -“Terima Kasih Kepada Peguam Dapatkan Kembali Ameena”




