Neelofa Mengaku Masih Belajar, Tak Layak Kongsi Tips Rumah Tangga – “Rahsia Rumah Tangga Sudah Pasti Ada Susah Senangnya”

Neelofa Mengaku Masih Belajar, Tak Layak Kongsi Tips Rumah Tangga – “Rahsia Rumah Tangga Sudah Pasti Ada Susah Senangnya”

“Rumah tangga saya baru setahun jagung, tidak layak untuk beri tips atau nasihat yang panjang lebar”.

Demikian respons yang diberikan selebriti terkenal, Noor Neelofa ketika diminta mengulas mengenai tips mencapai kebahagian dalam rumah tangga.

Katanya, dia mengaku usia perkahwinannya bersama suami, Haris Ismail masih boleh dikatakan baru sekaligus merasakan dia masih tidak layak untuk memberikan tips atau apa-apa perkongsian mengenai rahsia rumah tangga bahagia.

“Rumah tangga saya baru setahun jagung, tidak layak untuk beri tips atau nasihat yang panjang lebar.

“Rahsia rumah tangga ini sudah pasti ada susah senangnya. Mungkin yang orang luar nampak saya dan suami kongsikan sikit-sikit itu nampak manis dan bahagia. Dan, setiap rumah tangga pasti ada ujian, dugaan hidup dan kekurangan pasangan masing-masing.

“Apa yang boleh saya titipkan, selagi seseorang suami atau isteri ikut perintah agama dan Allah, semampu dan sebaiknya, insya-Allah segalanya akan dipermudahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Neelofa juga sempat menitipkan pesanan agar pasangan muda yang mahu mendirikan rumah tangga mendalami ilmu perkahwinan.

“Bagi pasangan muda yang nak berkahwin, tolong belajar ilmu perkahwinan kerana ia sangat membantu.

“Sebab saya banyak belajar selepas berkahwin, kalau ilmu-ilmu ini (perkahwinan) saya tahu sebelum kahwin, insya-Allah akan lebih mudah untuk lalui di awal perkahwinan,” jelasnya.

Terdahulu, perkongsian Neelofa menerusi sesi bual bicara bersama Nora Danish dan Natasha Ozeir menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen apatah lagi ramai yang memuji mereak menerima banyak info dan input positif menerusi podcast tersebut.

 

Sumber: Harian Metro

Scroll to Top