Salju Rindu Di Bumi Auckland: Ramai Sebak Tonton Scene Peluk Samantha Dan Nenek – “Sumpah Banjir Bila Part Peluk Tu”

Salju Rindu Di Bumi Auckland: Ramai Sebak Tonton Scene Peluk Samantha Dan Nenek – “Sumpah Banjir Bila Part Peluk Tu”

Meskipun sudah ditayangkan sebanyak 22 episod, drama rantaian Salju Rindu Di Bumi Auckland semakin mencuri perhatian penonton drama tempatan.

Mana tidaknya, rata-rata netizen sebak melihat adengan yang dilakonkan oleh Samantha (Riena Diana) dan Mak Yam (Rosnah Johari) ketika cucunya itu pertama kali pulang ke Malaysia.

 

 

Sementara itu, ramai juga dalam kalangan netizen yang berasa kurang senang dengan tindakan ibu kepada Nathan iaitu Anne (Louisa Chong) yang mendesak agar Juraini (Emelda Rosemila) dan Samantha tidak pulang ke Malaysia disebabkan tidak mahu menantunya itu kembali kepada keluarga ‘toksik’nya.

 

Drama 28 episod ini mengisahkan tentang sengketa antara Juraini dengan ayahnya Haji Talib (Shamsul Ghau Ghau),Hajah Maryam (Rosnah Johari), Suri (Husna) sehingga membawa rajuk yang panjang di hati nya.

Tanpa diduga, malang sentiasa menghimpit dirinya termasuklah dikhianati insan yang paling dipercayai.

Juraini buntu untuk meneruskan langkah sehinggakan kekasih hati pula ingin kembali ke tanah air. Hidup Juraini mengalami perubahan 180 darjah apabila dia nekad mengikut Nathan (Keith Foo) pulang ke Auckland,New Zealand.

Langkah yang diambil Juraini itu menyebabkan dia ‘sudah mati’ di mata keluarganya. Kini yang hidup adalah Joanna dan kebahagiaannya dianggap terlalu sempurna di samping Nathan.

Selepas 18 tahun, kehadiran Iman (Nabil Aqil) anak Suri dan Hidayat, mulai menggugat hati Joanna. Iman gemar mengusik kenangan lama Joanna melalui anaknya Samantha, yang pada akhirnya membawa kesedihan dalam dirinya.

Dengan plot yang mengusik emosi dan watak-watak yang dekat di hati, drama ini pasti akan membuat anda tertunggu-tunggu setiap episod. Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perjalanan hidup Juraini dalam mencari kebahagiaan di sebalik segala cabaran.

Saksikan Tonton Original Series: Salju Rindu di Bumi Auckland secara eksklusif di platform penstriman Tonton melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton setiap Isnin hingga Khamis, mulai 16 September 2024 hingga 31 Oktober 2024!

Scroll to Top