Kesihatan Bateri Bertahan Hingga 4 Tahun Walaupun Sering Digunakan, Ini Ciri vivo V40 Lite Yang Tak Ada Pada Jenama Lain. Chill Lah 4 Years! | Oh! Media

Kesihatan Bateri Bertahan Hingga 4 Tahun Walaupun Sering Digunakan, Ini Ciri vivo V40 Lite Yang Tak Ada Pada Jenama Lain. Chill Lah 4 Years! | Oh! Media

“Hmm, telefon sekarang semua tak tahan lama. Setiap tahun kena tukar…”

Kalau korang mengalami situasi di atas, ini petanda untuk korang tukar kepada telefon yang lebih bagus, lebih tahan lama seperti vivo V40 Lite! 

Apa yang best dengan vivo V40 Lite ni adalah ia mempunyai bateri yang mampu menyokong peranti untuk jangka masa lebih lama, sehingga 4 tahun, selain daripada menjadikan kegunaan harian korang sentiasa lancar. Sesuai sangat dengan slogan mereka, “Chill Lah 4 Years”.

Nak tahu apakah ciri-ciri yang membuatkan vivo V40 Lite ni best, korang wajib baca sampai habis! 

‘Smooth Like Butter’, vivo V40 Lite Beri Pengalaman Lancar Untuk Jangka Masa Lebih Lama

Setiap tahun, mesti ramai yang akan tukar telefon kepada model terkini hanya kerana telefon lama dah mula meragam dan penggunaan kurang lancar, walaupun tak sampai setahun digunakan.

Kami yakin korang pasti pernah mengalami situasi ini kan? Tapi, tak kan nak kena tukar telefon setiap tahun? Sebab itu lah, vivo V40 Lite hadir dengan ciri ‘4-Year Smooth Experience’! 

Apa yang best dengan ciri ini adalah ia akan berikan pengalaman penggunaan peranti yang lancar untuk jangka masa lama, hasil daripada ujian kelancaran 4 tahun dalam persekitaran ujian makmal vivo. 

Antara ujian yang dilakukan di makmal vivo adalah ujian jatuh mikro sebanyak 32,000 kali, ujian cabut dan masuk palam USB sebanyak 20,000 kali, ujian daya tahan suhu persekitaran antara 20°C hingga 50°C, ujian menekan butang kelantangan sebanyak 150,000 kali, serta ujian menekan butang kuasa sebanyak 500,000 kali. Pergh, patutlah boleh bertahan lama!

Menerusi ujian makmal vivo ini, model vivo V40 Lite ini telah melalui ujian pengoptimuman perisian, perkakasan dan teknologi komprehensif lain tau. Baguslah kalau macam tu!

Lagi bagus, walaupun korang buka banyak tab aplikasi, vivo V40 Lite ini tak akan ada masalah lagging, malah setiap pengalaman menggunakan telefon ini lancar dan smooth saja!

Jadi, dengan vivo V40 Lite ni, korang boleh guna untuk jangka masa yang lebih panjang, tanpa perlu risau tentang tahap kelancaran peranti. Haa, jimat duit korang tau.

Pengecasan Pantas, Paling Penting Selamat Walaupun Dibiarkan Semalaman

Sekarang kan dah banyak kes kesihatan bateri telefon menurun, kes telefon meletop sebab dibiarkan cas semalaman dan macam-macam lagi. 

Dengan vivo V40 Lite, korang tak perlu risau sebab ia bukan saja menyokong pengecasan pantas 80W FlashCharge, malah ia juga selamat untuk dibiarkan cas semalaman atau digunakan semasa pengecasan. Seriuslah?

Menerusi ciri Super Charge Pump di mana kecekapan penukaran kuasa meningkat kepada 97.5%, ia menjadikan peranti mampu capai pengecasan 80% dalam masa setengah jam, dan 100% dalam masa 44 minit, dengan penjanaan haba rendah. Cepatnya!

Selain itu, vivo V40 Lite juga disokong dengan ciri Smart Charging Engine 2.0, di mana korang boleh biarkan telefon cas semalaman atau menggunakan telefon ketika cas tanpa sebarang masalah. 

Dengan mengaktifkan “Optimized Battery Charging”, sistem telefon akan mempelajari senario pengecasan dan akan memberikan perlindungan, tak kira ketika mengecas sambil menggunakan telefon atau ketika skrin dimatikan. Macam ni barulah selamat.

Ia juga mempunyai sistem yang mempelajari corak tidur korang di mana ia akan menangguhkan pengecasan buat sementara waktu sebaik saja tahap bateri mencapai 80% semasa korang lena dibuai mimpi, dan akan sambung mengecas sejurus korang bangun. 

Paling penting, vivo V40 Lite ini juga mempunyai jaminan 4 tahun untuk bateri sebesar 5000mAh, di mana walaupun peranti ini telah digunakan lebih 4 tahun, kapasiti bateri masih lagi menjangkau lebih daripada 80%. Terbaiklah! 

Bukan itu saja, kalau dalam masa 4 tahun, kesihatan bateri telefon telah menurun sehingga 80%, korang juga boleh menukar bateri tersebut kepada bateri baru di mana-mana pusat servis vivo secara PERCUMA. Seriuslah?!

Kalis Air & Habuk, Lepas Ini Tiada Lagi Isu Tersalah Buka Aplikasi Dengan vivo V40 Lite

Siapa yang selalu pegang telefon dengan tangan basah, atau telefon mudah terdedah dengan habuk, lepas ini tak perlu risau lagi kalau tiba-tiba telefon buka salah aplikasi atau lagging sebab vivo V40 lite hadir dengan ciri kalis air dan habuk. 

Menariknya, vivo V40 Lite ini telah diuji di makmal terkawal dan dinilai sebagai IP64 di bawah piawaian IEC 60529 yang mana ia kalis sebarang habuk dan air tau. Wah, baguslah kalau macam tu kan?

Tapi, kalau telefon korang terjatuh ke dalam air, pastikan korang rujuk terlebih dahulu maklumat keselamatan dalam tetapan untuk cara-cara pembersihan dan pengeringan tau. 

Paling penting, jangan cas telefon semasa ia tengah basah okay? Sebab kerosakan akibat kemasukan cecair tak dapat dilindungi dengan jaminan. 

Gambar ‘On Point’, Ciri AI Aura Light Hasilkan Gambar Seperti Dalam Studio

Kualiti kamera menjadi salah satu ciri yang kita akan periksa terlebih dahulu sebelum membeli sesebuah telefon baru betul tak? 

Dengan vivo V40 Lite, korang tak perlu cari yang lain dah sebab ia adalah telefon terbaik dalam menghasilkan gambar, seolah-olah seperti ditangkap dalam studio tau!

Menerusi ciri AI Aura Light,  gambar korang pasti ON POINT, lagi-lagi korang boleh melaraskan suhu warna gambar dengan AI Color Temperature Adjustment, serta menawarkan teknik pencahayaan tiga dimensi yang dapat menerangi setiap sudut secara sekata. 

Selain tetapan hangat dan sejuk, terdapat pelbagai tahap pelarasan suhu warna yang tersedia yang membolehkan korang mencipta sebarang suasana yang diinginkan. 

Bukan itu saja, dengan Smart Aura Light, ia dapat meningkatkan daya tarikan visual serta memberikan kesan cahaya yang mengagumkan dengan 45 tahap suhu warna. Wow, bestnya!

Lagi best, ia juga mempunyai kawasan pemancar cahaya 8 kali lebih luas, serta memberikan 75 kali pencahayaan lembut seperti studio, yang dapat menghilangkan ketegangan mata sambil meningkatkan warna kulit dan menyembunyikan ketidaksempurnaan. Fuhh, terbaiklah vivo!

vivo V40 Lite Peranti Terbaik, Kekal Relevan Untuk Jangka Masa Lama

Dengan semua ciri yang kami dah sebutkan ini, tak dinafikan vivo V40 Lite menjadi antara peranti terbaik dalam pasaran pada ketika ini, dan pastinya kekal relevan untuk jangka masa lama menerusi daya tahan yang mereka tawarkan. 

Selain itu, apa yang membuatkan peranti ini akan menjadi lebih relevan pada masa akan datang adalah ia mempunyai 3 warna iaitu Titanium Silver, Dynamic Black dan Dreamy Violet tau. 

Jadi, korang tunggu apa lagi? Jom dapatkan vivo V40 Lite sekarang pada harga RM1,299 di kedai rasmi vivo atau secara dalam talian. 
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi vivo atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Scroll to Top